Train new staff

Semalam (24hb April 2009) daku melatih seorang staf baru dalam makmal daku bekerja. Semasa daku bercuti MC, staf baru ni telah dilatih oleh Senior Lady, mengikut cerita yang disampaikan, staf baru ni sudah boleh melakukan prosedur ujian pengesahan dengan baik, cuma agak perlahan lah sebab baru belajar kan...

Daku sebenarnya agak kurang sihat memandangkan kesan eksiden tempoh hari masih lagi terasa sakitnya, terutama pada otot-otot bahu dan kaki. Tetapi dek timbunan kerja dan latihan yang daku terpaksa berikan kepada staf baru nie membuatkan daku gagahi juga untuk bekerja dan mengajar. dalam proses tu, pening-pening kepala mula terasa tambahan pula dengan penggunaan pelbagai bahan kimia yang merbahaya.

Sepanjang tempoh pembelajaran tu, berlakulah beberapa insiden yang tidak diingini dan tidak disengajakan. Kontaminasi pada collection sampel berlaku dan menyukarkan proses untuk pengesahan. Akhirnya, daku teruskan juga proses tersebut dengan harapan bahawa keputusan positif atau negatif dapat dipaparkan. Jika tidak, bermakna kesemua sampel dalam satu plet kertas TLC terpaksa diulang semula proses pengesahan bermula dari awal hingga akhir, yang memakan masa seharian suntuk... huhhh, tension nyaaa... Itu pun jika sampel masih ada berbaki. Jika tiada, akan timbul masalah nanti.

Tidak lama selepas itu, kejadian penutup tangki berupa cermin kecil berbentuk empat segi tepat bersaiz 15cm x 6cm setebal 3cm telah pecah, namun nasib baik tidak mengenai kaki staf baru. Bayangkan lah jika terkena pada kaki, cermin yang begitu tebal boleh memberikan kecederaan yang amat serius. Kemungkinan staf tersebut tidak pegang dengan betul atau mungkin ini pertama kali dia melakukan prosedur kerja tersebut tanpa bantuan. Daku hanya memerhatikan sahaja setiap langkah proses kerjanya dan akan memberikan tunjuk ajar pada setiap langkah. Semua kerja dilakukan olehnya.

Alhamdulillah... tiada sebarang insiden kecederaan yang berlaku walaupun aset kerajaan telah rosak. Apa yang penting, daku nasihatkan dia supaya lebih berhati-hati dan fokus kepada kerja yang dilakukan. Walau kita stress atau tension (ada masalah peribadi), ketepikan semua itu. Semasa kerja, tumpuan sepenuhnya hendaklah diberikan kepada tanggungjawab....

Isnin nie (27hb April 2009) akan bermula episod baru, di mana daku akan melakukan pemantauan (Assessment Test) terhadap tugas staf baru ni. Dia akan melakukan sendiri proses pengesahan ujian tersebut dan daku bertindak sebagai pemantau sahaja. Ini adalah bagi menguji tahap kecekapan dan kebolehan dia sendiri, kerana selepas ini daku akan bertukar seksyen lain dan tidak ada kaitan lagi dengan seksyen ini. Oleh itu, sebelum daku bertukar seksyen, daku perlu memastikan dia boleh bekerja sendiri, memberikan komitmen terhadap tanggungjawabnya dalam menguruskan sendiri seksyennya nanti dan apa yang penting, boleh menggantikan tugas apabila diperlukan.

Segala ilmu yang daku ada, daku akan curahkan semua... daku tidak kedekut untuk berkongsi ilmu. Terpulanglah pada dia untuk terima atau tidak. Selepas ini, bebanan kerja daku semakin bertambah dengan pertukaran seksyen baru. Banyak worklist sampel yang tertunggak, bertimbun-timbun memandangkan sampel saringan positif agak banyak. Daku terpaksa berkorban hari cuti hujung minggu untuk datang bekerja. Lebih masa bekerja juga perlu dibuat selepas waktu pejabat. Penat tu memang memenatkan, tapi tuntutan elaun kerja lebih masa semestinya perlu dituntut....

# Daku berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan pekerjaan daku... Aminn~!
Posted on Saturday, April 25, 2009 by Ananz and filed under | 0 Comments »

0 comments: